Hari Terbuka Pusat Internet Ppr Pinggiran Bukit Jalil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

24 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil telah berlangsung pada 23 Disember 2018 dan tamat dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Antara tujuan lain adalah mensasarkan seramai 50 pengunjung yang hadir dan mendaftar untuk keahlian baru, memberi pendedahan kepada 50 pengunjung berkenaan advokasi klik dengan bijak (KDB), Check Your Label dan Sebenarnya.my dan membina komunikasi dua hala antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim.

Selain itu, membuka peluang kepada komuniti untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dibuat sepanjang program berlangsung. Antara program yang telah dijalankan adalah pendaftaran keahlian percuma, taklimat Pusat Internet yang merangkumi fungsi Pusat Internet, eWaste, Check You Label, Sebenarnya.my, eKelas, dan kelas ICT dan Keusahawanan. Di samping itu, tayangan video Klik Dengan Bijak, tapak pameran dan penerangan Advokasi.dan yang terakhir aktiviti berasaskan ICT iaitu Pertandingan Mewarna Online, Kuiz KDB Online, dan Cabutan Bertuah Online.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali